Sunday, May 23, 2010

Musim Persidangan Cawangan-cawangan: Pasal perlembagaan perlu di fahami oleh akar umbi

  • 3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara;
  • 3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-...negeri dan Raja Berpelembagaan;
  • 3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama;
  • 3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya;
  • 3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu;
  • 3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera. dari petikan perlembagaan

Wednesday, May 19, 2010

Politik Di Thailand


Pergolakan politik di Thailand benar-benar serius sebaik sahaja peristiwa pembunuhan banyak berlaku di selatan Thailand. Selatan Thailand yang meliputi Yala, Pattani dan Narathiwat seringkali bermandikan darah sepanjang 5 tahun Thaksin berkuasa. Thaksin juga telah melakukan beberapa perkara lain yang mencetuskan kemarahan rakyat dan memalukan pihak istana. Akhirnya, pihak tentera diraja Thailand mengadakan rampasan kuasa pada 19 September 2006 kerana situasi dan keadaan politik Thailand yang semakin meruncing. Walau bagaimanapun, Surayud Chulalont yang memimpin rampasan kuasa ke atas pentadbiran Thaksin telah berjanji bahawa junta tentera akan memulangkan kuasa pemerintahan kepada tangan rakyat melalui pilihan raya yang akan dijalankan pada penghujung 2007.

Sunday, May 16, 2010

Ulang tahun Umno ke 64


SABAK BERNAM 11 Mei Selamat menyambut Ulang Tahun Umno ke 64 pada 11/5/2010. Seluruh negara termasuk Umno Bahagian Sabak Bernam, telah membuat sambutan dengan mengadakan majlis membaca Yassin dan Tahlil doa selamat. Semoga Umno terus Mara ke depan dengan penampilan yang lebih teguh dan Utuh di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Umno semakin pulih dan menjadi Juara Rakyat....

KUALA LUMPUR 11 Mei - Sambutan ulang tahun UMNO kali ke-64 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung dalam keadaan sederhana tetapi meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 ahli dari seluruh negara.Majlis dimulakan dengan pelepasan peserta ekspedisi kembara ke tanah suci tepat pukul 7 malam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti dengan solat maghrib berjemaah, tahlil, bacaan yasin, doa kesyukuran serta solat isyak.Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.Turut serta pada majlis bersejarah itu, veteran UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik, Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin sayap parti dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Friday, May 14, 2010

Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian yang Aktif

YB Datuk Abdul Rahman B Bakri ahli Parliment Sabak Bernam. 11 April 2010 jadual paling sibuk bagi seorang wakil rakyat Ahli Parlimen Sabak Bernam

iaitu Datuk Abdul Rahman B Bakri dari jam 7.00 pagi hingga lewat malam baru beliau berada di rumah, sesungguhnya memenuhi kehendak rakyat bukan lah semudah yang disangka, perlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Kami sempat merakamkan aktiviti yang sangat padat tersebut itu:
8.30 am Besama-sama gotong royong membersihkan kawasan Taman Purnama Sg Besar
11.00am Bersama peserta dan rakyat Sg Air Tawar dalam Program Bang Bang Boom TV3
2.00pm Program bersama Bomba dan Rakyat Sg Air Tawar
7.21 pm Solat di Masjid Felda Sungai Tengi Selatan
9.15 pm bersama rakyat di Felda Sg Tengi Selatan dalam Kenduri rakyat......foooohhhh..letih.

Saturday, May 8, 2010

Mesyuarat Wanita dan Pemuda Umno Cawangan

Mesyuarat Wanita Umno Cawangan 2010 akan di adakan pada 15 Mei 2010 bertempat di Dewan Serbaguna Umno Cawangan Tebok Jawa, Semua ahli wanita dijemput hadir Pemuda pada 29/5/2010 . 9.00 malam
Pn Noriah Kasnon Tim. Menteri Tenaga , Teknologi Hijau Dan Air. Tidak ada lagi golongan miskin tegar di kawasan Parlimen Sungai Besar pada masa ini hasil daya usaha kepimpinan Barisan Nasional dalam mengubah kehidupan masyarakat, kata anggota Parlimen kawasan itu Noriah Kasnon.“Tidak ada di bawah paras miskin tegar, miskin ada,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai keadaan sosio ekonomi penduduk di kawasan itu selepas menyerahkan surat tawaran membina rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Osman Wahab, 42, di Kampung Parit 16, Binjai Jaya di sini hari ini.

Friday, May 7, 2010

Perjumpaan 4 Peringkat

Perjumpaan 4 Peringkat dengan Timbalan Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam dengan ketua-ketua empat peringkat di seluruh 66 cawangan Bahagian Sabak Bernam. Perjumpaan adalah seperti berikut:
Tarikh: 8 Mei 2010
Masa : 3.00 Petang
Tempat: Dewan Umno Bahagian
Taklimat setiausaha dan penyampaian sumbangan kepada cawangan2 untuk mengadakan mesyuarat agungnya antara 15 mei 2010 hingga 15 Jun 2010.. SELAMAT BERSIDANG..

Saturday, May 1, 2010

Piala Thomas dan Piala Uber

Piala Thomas dan Uber di Malaysia

Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.

Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.

Juara bertahan Piala Thomas sekarang ialah China

Konsep Satu Malaysia


Tanggal 3 April 2009 satu sejarah baru tercatat lagi dalam negara kita. YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam, menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Saya tak kedip mata menyaksikan peristiwa bersejarah majlis angkat sumpah tersebut. Lebih saya rasa puas dan bangga, majlis tersebut disaksikan oleh dua orang mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.

Malamnya saya tak sabaq betul nak dengaq PM baru kita buat ucapan sulung sebagai Perdana Menteri. Ternyata, ucapannya sangat memberi kesan mendalam pada seluruh rakyat Malaysia. Saya rasa bangga betul bila Dato’ Seri Najib dok sebut begini, “ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

Untuk makluman kalian semua, apa yang PM baru kita dok sebut pasal Satu Malaysia, ada kaitan dengan usaha Jabatan Penerangan dalam Kempen Malaysia Perkasa dengan slogan Satu Jiwa, Satu Malaysia. Saya dok harap sangat kempen ni dapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia.

Kepada YAB Dato’ Seri Najib, betuilah kata orang, beliau mewarisi kepimpinan Allahyarham bapanya Tun Razak, yang tak pernah jemu berbakti pada rakyat sampai akhir hayatnya.

Saya yakin Dato’ Seri Najib mampu melaksanakan satu tranformasi kepada negara, demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama berganding bahu memberikan sokongan padu kepada kepimpinan baru negara.

Mesyuarat Unit Peladang

Unit Peladang Kg Tebok Jawa akan mengadakan mesyuarat Agung 2010. Mesyuarat di adakan pada 3 Mei 2010 tempat : Dewan Umno Masa : 2.30 petang. Semua ahli dijemput hadir