Sunday, April 11, 2010

Pada pandangan YB, apakah cabaran utama dalam era kepimpinan Datuk Seri Najib?

AHMAD MASLAN Pertama adalah kita mahu menyatupadukan kembali orang Melayu yang telah berpecah empat iaitu Melayu Umno, Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu atas pagar. Cabaran utama adalah menyatukan Melayu sebagai bangsa induk selain mengakui hakikat kita bersama-sama dengan kaum Cina, India dan Bumiputera lain.

Cabaran kedua adalah untuk menarik semula sokongan khususnya daripada kaum Cina dan India. Mereka pernah menyokong kita secara majoriti dan mereka juga mengemukakan pandangan tertentu kepada kerajaan. Kita menghormati pandangan itu dan akan mengembalikan sokongan mereka kepada BN.

Friday, April 9, 2010

Aturcara kursus laman blog adalah ringkas dan santai. Kursus laman blog disusun agar peserta dapat mengikuti pelajaran langkah demi langkah. Bermula dari pendaftaran, perasmian , pengenalan modul, minum pgi, Sambung modul dan makan tengahari. Kursus ini di pantau oleh setiausaha Bahagian Tn Hj Fasiah B Hj Mohd Fakeh. dan juga disertai oleh perserta kursus seramai 32 orng dari cawangan di Bahagian Sabak Bernam. Cawangan yang terlibat ialah cawanagn Tebok Jawa, Cawangan Sapintas, Cawangan Banting Sabak, Cawanagn Banting BNO, cawangan Sekendi, Cawangan Parit 9/10, Cawangan Sabak Bandar, Cawangan Sabak Timur, Cawangan Taman Muhibbah, Cawangan Parit Baru Baroh, Cawangan Parit 6, Cawangan Batu 38 dan lain-lain. Hasil dari kursus S/u Bahagian berpendapat agar kursus seperti ini terus di buat bagi mengukuhkan ukhwah dan silaturrahmin antara ahli-ahli cawangan.
Kursus Membina Blog Cawangan-cawangan. 10 April 2010 Biro ICT dan Blog Umno Bahagian Sabak Bernam telah mengadakan kursus membina laman Blog cawangan-cawangan . Seramai 30 peserta dijemput hadir untuk tujuan
tersebut. Kursus ini telah di rancang bersama Jawatan kuasa Biro ICT Umno Bahagian Sabak Bernam. Blog adalah salah satu medium pembacaan dan maklumat kepada semua umat manusia.Penyampaian lebih cepat dan memPROPAkan keadaan.Ini menjadikan blog salah satu medium terkenal untuk pembaca.Kelebihan blog adalah percuma.Ini menjadikan semakin ramai blogger - blogger wujud diakhir-akhir ini.Menurut kajian yang dijalankan oleh oleh sebuah badan kerajaan menyatakan penggunaan internet di Malaysia merangkumi 45% penggunaan di Benua Asia.Kursus ini dihadiri oleh ahli-ahli dari cawangan.Kursus ini akan diadakan dua sessi kerana terdapat 60 cawangan dan untuk masa ini hanya 30 cawangan sahaja yang terlibat.Walaubagaimanapun kehadiran adalah memberangsangkan kerana terdapat 33 cawangan di dalam dewan ini.