Saturday, June 12, 2010

Dilucut gelaran Dato'

JOHOR BAHRU: Jumaah Majlis Diraja Johor secara rasmi mengumumkan pelucutan darjah kebesaran daripada empat individu yang membawa gelaran Datuk, termasuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penjelajah solo ke Kutub Utara dan Kutub Selatan, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir. Dua lagi ialah adik ipar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Komander Shaftdean Lutfy Rusland yang berkhidmat di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan seorang peguam, Hassan Yunos. Shaftdean Lutfy adalah suami kepada Tunku Muna Najiah Sultan Iskandar, iaitu adinda Sultan Ibrahim. Jui Meng, Sharifah Mazlina dan Shaftdean Lufty masing-masing ditarik balik dua darjah kebesaran, iaitu Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) Pangkat Pertama dan Datuk Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua, manakala Hassan ditarik balik darjah kebesaran DPMJ. Semua penarikan balik berkuatkuasa 4 Jun lalu.

Thursday, June 10, 2010

Perwakilan Cawangan ke Persidangan Perwakilan Bahagian

1) Ketua Umno Cawangan Tebok Jawa
2) Tn Hj Moghny B Ishak - Timbalan Ketua Cawangan
3) Tn Hj Miskan B Kasiran - Pengerusi Tetap Cawanagn
4) Mohd Sungep B Hj Omar - Setiausaha Cawangan

Usul yang di hantar ke Bahagian:

Memandangkan jalan-jalan di seluruh daerah dalam negeri Selangor telah banyak yang rosak teruk, dan kerajaan negeri Selangor tidak berhajat membaikinya seolah-olah membiarkan sahaja. Persidangan hari ini memutuskan Mendesak kerajaan Negeri di bawah MB Datuk Khalid Ibrahim untuk segera membaikpulih tanpa ada apa2 alasan.

Wednesday, June 9, 2010

Intipati RMK 10

Kerajaan akan menubuhkan Dana Pemudah Cara RM20 bilion untuk memacu
pelaburan swasta dalam bidang strategik nasional.
*Dana Pemudah Cara untuk membiayai projek-projek kewangan dengan kos modal minimum atau pelaburan RM100 juta.
*Kerajaan akan melaksanakan gelombang baharu penswastaan dan melupuskan aset-aset dan tidak kompetitif.
*Kerajaan akan melaksana pembidaan kompetitif untuk lebuh raya bertol dan loji tenaga. *Malaysia akan merangsang keluaran industri miyak sawit kepada KDNK kepada RM21.9 bilion, dengan RM69.3 bilion dalam pendapatan eksport.
*Memajukan Kelompok Industri Minyak Sawit ke tapak bersepadu bagi menggalakkan aktiviti hiliran seperti biofuel, oleokimia, biobaja, makanan khusus dan produk biomass, nutraseutikal dan farmaseutikal.
*Sebelas sektor sebagai Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dikenal pasti. Ia termasuk minyak dan gas. minyak sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, peruncitan dan pemborongan, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi, pendidikan, elektrik dan elektronik serta perkhidmatan perniagaan.

Friday, June 4, 2010

Jom Ke Tasik Kenyir



Wakil Kelab guru SMKTARP di ketuai oleh Mohd Rostan Afendi telah merancang untuk memburu "Kelah Bara" di Tasik Kenyir. Pemburuan itu bermula 14-17 Jun 2010 ( 3 malam berada di dalam Bot besar ) disertai oleh Ketua Umno cawangan, Bendahari cawangan bersama dengan 14 guru SMKTARP termasuk GPK 1 - Ustaz Jamari B Rimon. Ekspidisi ini melibatkan 4 buah kereta dengan perbelanjaan hampir RM3000. Selamat berekspidisi Ke Tasik Kenyir... Sedikit tentang Ikan Kelah : mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.
Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.

Tuesday, June 1, 2010

Lubang besar terbentuk disebabkan oleh tanah jerlus dan akibat ribut Tropika, mengorbankan lebih 150 orang berlaku di Amarika Tengah. Sesuatu yang Allah nak tunjukkan bahawa lubang-lubang seperti ini pernah terbentuk di bumi Iraq kerana kesan peluru berpandu yang di halakan kepada negara Timur Tengah (Iraq).
A giant sinkhole caused by the rains of Tropical Storm Agatha is seen in Guatemala City May 31, 2010.
http://www.csmonitor.com/World/Americas/2010/0601/Tropical-Storm-Agatha-floods-kill-150-cause-giant-sinkhole-in-Guatemala-City