Friday, April 9, 2010

Kursus Membina Blog Cawangan-cawangan. 10 April 2010 Biro ICT dan Blog Umno Bahagian Sabak Bernam telah mengadakan kursus membina laman Blog cawangan-cawangan . Seramai 30 peserta dijemput hadir untuk tujuan
tersebut. Kursus ini telah di rancang bersama Jawatan kuasa Biro ICT Umno Bahagian Sabak Bernam. Blog adalah salah satu medium pembacaan dan maklumat kepada semua umat manusia.Penyampaian lebih cepat dan memPROPAkan keadaan.Ini menjadikan blog salah satu medium terkenal untuk pembaca.Kelebihan blog adalah percuma.Ini menjadikan semakin ramai blogger - blogger wujud diakhir-akhir ini.Menurut kajian yang dijalankan oleh oleh sebuah badan kerajaan menyatakan penggunaan internet di Malaysia merangkumi 45% penggunaan di Benua Asia.Kursus ini dihadiri oleh ahli-ahli dari cawangan.Kursus ini akan diadakan dua sessi kerana terdapat 60 cawangan dan untuk masa ini hanya 30 cawangan sahaja yang terlibat.Walaubagaimanapun kehadiran adalah memberangsangkan kerana terdapat 33 cawangan di dalam dewan ini.

No comments:

Post a Comment