
Wakil Kelab guru SMKTARP di ketuai oleh Mohd Rostan Afendi telah merancang untuk memburu "Kelah Bara" di Tasik Kenyir. Pemburuan itu bermula 14-17 Jun 2010 ( 3 malam berada di dalam Bot besar ) disertai oleh Ketua Umno cawangan, Bendahari cawangan bersama dengan 14 guru SMKTARP termasuk GPK 1 - Ustaz Jamari B Rimon. Ekspidisi ini melibatkan 4 buah kereta dengan perbelanjaan hampir RM3000. Selamat berekspidisi Ke Tasik Kenyir... Sedikit tentang Ikan Kelah : mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.
Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.
Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.
No comments:
Post a Comment