Saturday, July 10, 2010

PUTRAJAYA 10 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis hanya menjalankan tanggungjawab dalam penguatkuasaan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.Perdana Menteri berkata, tindakan perlu diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan dan kesalahan lalu lintas."Yang salah tetap salah, takkan nak beri notis pulak," katanya ketika diminta mengulas mengenai sungutan orang ramai mengenai langkah polis yang tetap meneruskan saman ekor terhadap mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas.Semalam, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan saman ekor itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.Katanya, pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulannotis saman diserahkan akan disenaraihitamkan. - Bernama

No comments:

Post a Comment