
Rasullulah pemimpin Idola umat muslimin, menjadi ikutan para pemimpit umat akhir zaman.Selawat kepada rasul sebanyak mana yang mungkin agarc kita diakui umat nya dan mendapat syafaat darinya.
UMNO CAWANGAN TEBOK JAWA BAHAGIAN SABAK BERNAM TETAP BERSATU-SETIA-BERKHIDMAT.
PUTRAJAYA 10 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis hanya menjalankan tanggungjawab dalam penguatkuasaan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.Perdana Menteri berkata, tindakan perlu diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan dan kesalahan lalu lintas."Yang salah tetap salah, takkan nak beri notis pulak," katanya ketika diminta mengulas mengenai sungutan orang ramai mengenai langkah polis yang tetap meneruskan saman ekor terhadap mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas.Semalam, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan saman ekor itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.Katanya, pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulannotis saman diserahkan akan disenaraihitamkan. - Bernama

Lubang besar terbentuk disebabkan oleh tanah jerlus dan akibat ribut Tropika, mengorbankan lebih 150 orang berlaku di Amarika Tengah. Sesuatu yang Allah nak tunjukkan bahawa lubang-lubang seperti ini pernah terbentuk di bumi Iraq kerana kesan peluru berpandu yang di halakan kepada negara Timur Tengah (Iraq).


KUALA LUMPUR 11 Mei - Sambutan ulang tahun UMNO kali ke-64 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung dalam keadaan sederhana tetapi meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 ahli dari seluruh negara.Majlis dimulakan dengan pelepasan peserta ekspedisi kembara ke tanah suci tepat pukul 7 malam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti dengan solat maghrib berjemaah, tahlil, bacaan yasin, doa kesyukuran serta solat isyak.Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.Turut serta pada majlis bersejarah itu, veteran UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik, Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin sayap parti dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

iaitu Datuk Abdul Rahman B Bakri dari jam 7.00 pagi hingga lewat malam baru beliau berada di rumah, sesungguhnya memenuhi kehendak rakyat bukan lah semudah yang disangka, perlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Kami sempat merakamkan aktiviti yang sangat padat tersebut itu:
Pn Noriah Kasnon Tim. Menteri Tenaga , Teknologi Hijau Dan Air. Tidak ada lagi golongan miskin tegar di kawasan Parlimen Sungai Besar pada masa ini hasil daya usaha kepimpinan Barisan Nasional dalam mengubah kehidupan masyarakat, kata anggota Parlimen kawasan itu Noriah Kasnon.“Tidak ada di bawah paras miskin tegar, miskin ada,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai keadaan sosio ekonomi penduduk di kawasan itu selepas menyerahkan surat tawaran membina rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Osman Wahab, 42, di Kampung Parit 16, Binjai Jaya di sini hari ini.
Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.
Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.
Juara bertahan Piala Thomas sekarang ialah China
Saya tak kedip mata menyaksikan peristiwa bersejarah majlis angkat sumpah tersebut. Lebih saya rasa puas dan bangga, majlis tersebut disaksikan oleh dua orang mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.
Malamnya saya tak sabaq betul nak dengaq PM baru kita buat ucapan sulung sebagai Perdana Menteri. Ternyata, ucapannya sangat memberi kesan mendalam pada seluruh rakyat Malaysia. Saya rasa bangga betul bila Dato’ Seri Najib dok sebut begini, “ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.
Untuk makluman kalian semua, apa yang PM baru kita dok sebut pasal Satu Malaysia, ada kaitan dengan usaha Jabatan Penerangan dalam Kempen Malaysia Perkasa dengan slogan Satu Jiwa, Satu Malaysia. Saya dok harap sangat kempen ni dapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia.
Kepada YAB Dato’ Seri Najib, betuilah kata orang, beliau mewarisi kepimpinan Allahyarham bapanya Tun Razak, yang tak pernah jemu berbakti pada rakyat sampai akhir hayatnya.
Saya yakin Dato’ Seri Najib mampu melaksanakan satu tranformasi kepada negara, demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama berganding bahu memberikan sokongan padu kepada kepimpinan baru negara.